Taib Gentar, Kerah Pasukan Polis Memantau Ceramah Calon PKR

Posted: April 7, 2011 in Uncategorized

Kerisauan makin terserlah menimpa Taib Mahmud apabila kerajaan di bawah pimpinan BN mengarahkan sepasukan polis memantau ceramah Keadilan di rumah panjang Inti.

Jika sebelum ini setiap kali berlakunya pilihanraya Taib memperolehi kemenangan yang mudah tapi kali ini beliau terpaksa berdepan dengan Parti Keadilan Rakyat yang semakin lama mendapat tempat di hati seluruh rakyat Sarawak.

Ceramah ini merupakan ceramah sulung Parti Keadilan Rakyat mendapat sokongan padu dari seluruh penghuni rumah panjang yang diketui Tuai Rumah Inti Anak Belang.

Pendedahan diberikan kepada seluruh penghuni rumah panjang tentang kekejaman yang telah dilakukan oleh Taib Mahmud, tidak kira balak dihutan Sarawak mahupun tanah NCR tetapi telah membina kilang aluminium yang mengancam nyawa penduduk secara senyap.

Penghuni rumah panjang kebanyakkannya kesal dengan pentadbiran Taib yang tidak pernah membela hak rakyat walaupun berada di dalam Dun yang dimenangi oleh Taib sejak sekian lama.

Sokongan ini memperlihatkan isyarat yang jelas bahawa akan berlaku satu kejutan yang besar bagi N51 Dun Balingian pada 16hb nanti. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Comments
  1. sukriyusof says:

    bangun rakyat sarawak….. hapuskan kezaliman dan penindasan

    • bujang timpang sepiak says:

      kilang arang batu sangat berbahaya,kilang aluminium The Silent killer,sedar lah wahai penduduk N51,bangkit lah bangun lah,daripada tiidur kalian,save our healty children,save our healty CUCU,jangan biarkan kesihat mereka di baluti lumpur,lumpur yang kotor,jangan biarkan paru paru yang bersih menghidu asap asap aluminium yang di lepaskan malam hari waktu kita tidur nyenyak,.Jadi 16.04.2011 kita turun ramai ramai ambil miyak BN ambil duit BN ,KITA UNDI PKR,kita tentang habis habisan kerjaan BARISAN NASIONAL yang perompak harta yang di agihkan tuhan sama rata.

  2. fifiey says:

    salam reformasi,untk semua…..marila kta bersama2…dan berpakat untk membina sebuah kerajaan baru d negara kta…..cukup2la..wahai BN…..!!!!!!!!!kta selama ini sdah cukup di tindas….tetapi ada sesetengah darpd kita tlah d kaburi dgn nilai ganajaran yg tidak seberapa….apala sangat d bandingkn dgn nilai masa hadapan kita semua…..bangkitla wahai..rkyat semua…bersama kta tumbangkan BN…cukupla…untk sabah..dan sarawak yg slama ini tlah d tindas…d sabah pendatang asing d beri kewarganegaraan dgn senangnya…hasil prnaigaan tlah d monopoli oleh mereka…kpada kami warga tempatan dapat apa???????salam damai dan keadilan untk semua…..HIDUP PAKATAN…..

  3. fifiey says:

    wahai sarawak…mari kita bersama tumbangkn…TAIB MAHMUD…!!!!!!

Leave a comment