BN Buat Kecoh Di Ceramah Perdana Keadilan, Tanda Mereka Gentar Dengan Kebangkitan Rakyat N51 Balingian
Posted: April 13, 2011 in UncategorizedMukah – Kehadiran lebih 500 orang rakyat Mukah yang merupakan pengundi N51 Balingian pada ceramah perdana siri satu Keadilan di Bandar Mukah memberi gambaran jelas mereka inginkan perubahan yang besar dalam pentadbiran Negeri Sarawak terutamanya di Dun Balingian.
Ceramah perdana yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat pada malam ini merupakan ceramah yang pertama dan julung kali diadakan di Mukah sepanjang berlangsungnya pilihanraya sejak awal pemerintahan BN. Ceramah yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Displin Keadilan Pusat, Datuk Dr Tan Kee Kwong telah menaikan semangat kaum cina yang selama ini dahagakan satu maklumat yang tepat bukannya pembohongan dari BN.
Kebanyakkan rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri apa kejayaan yang telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Semenanjung.
Suasana aman ceramah tersebut mula kecoh apabila terdapat sekelompok penyokong BN membuat kacau apabila Fariz Musa memulakan ucapannya.
Tindakan penyokong BN yang menjerit dengan pelbagai perkataan telah menimbulkan ketidak senangan mereka yang hadir dan berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penyokong tersebut.
Keadaan ini jelas, BN sekarang berada dalam ketakutan serta merasa sokongan rakyat terhadap mereka semakin berkurangan. Kerjasama baik pihak Polis dan FRU yang mengawal tindakan penyokong BN itu telah melancarkan program ceramah itu tanpa berlakunya sebarang kekecohan diantara kedua-dua penyokong.
Sokongan padu rakyat Mukah ini memberikan gambaran yang jelas bahawa terdapat angin perubahan pentabiran di Sarawak terutamanya di Dun Mukah.
Yang turut menyempurnakan program ceramah tersebut adalah Naib Ketua Wanita Malaysia (Sabah), Hajah Sakinah Yusof selain calon Suriati Abdullah dan juga Fariz Musa. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

BN & TAIB MAHU BUNUH RAKYAT MUKAH !!! TUTUP SEGERA KILANG ALUMINIUM DAN ARANG BATU !!!!!
Posted: April 9, 2011 in UncategorizedPembinaan kilang aluminium dan kilang arang batu di Mukah adalah merupakan satu tindakan Kerajaan BN yang dipimpin oleh Wakil Rakyat DUN Balingian dan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud untuk ‘membunuh’ rakyat Dun Balingian / Mukah . Inilah ‘JASA’ dan ‘KASIH SAYANG’ Pehin Sri Taib Mahmud terhadap para pengundi DUN Balingian / Mukah dengan ‘membunuh’ secara senyap .
Pehin Sri Taib Mahmud cuba menggula-gulakan rakyat Mukah kononnya adanya kilang-kilang tersebut akan memberikan peluang-peluang pekerjaan , pembangunan kepada rakyat Mukah . Tetapi malangnya, rakyat Mukah tidak merasai nikmat tersebut , malah boleh dikira orang Mukah yang bekerja terutama pekerja eksekutif di kilang tersebut ? Read the rest of this entry »
TANAH-TANAH YANG DIROMPAK OLEH TAIB MAHMUD DAN AHLI KELUARGA DI SELURUH SARAWAK !!!!
Posted: April 9, 2011 in UncategorizedBerikut ini adalah sebahagian daripada tanah negeri Sarawak yang dianugerahkan, diberi, diambil atau diluluskan oleh Taib dan Kerajaan negeri Sarawak kepada dirinya sendiri, ahli keluarganya dan kroninya.
750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot. Read the rest of this entry »
Kerisauan makin terserlah menimpa Taib Mahmud apabila kerajaan di bawah pimpinan BN mengarahkan sepasukan polis memantau ceramah Keadilan di rumah panjang Inti.
Jika sebelum ini setiap kali berlakunya pilihanraya Taib memperolehi kemenangan yang mudah tapi kali ini beliau terpaksa berdepan dengan Parti Keadilan Rakyat yang semakin lama mendapat tempat di hati seluruh rakyat Sarawak.
Ceramah ini merupakan ceramah sulung Parti Keadilan Rakyat mendapat sokongan padu dari seluruh penghuni rumah panjang yang diketui Tuai Rumah Inti Anak Belang.
Pendedahan diberikan kepada seluruh penghuni rumah panjang tentang kekejaman yang telah dilakukan oleh Taib Mahmud, tidak kira balak dihutan Sarawak mahupun tanah NCR tetapi telah membina kilang aluminium yang mengancam nyawa penduduk secara senyap.
Penghuni rumah panjang kebanyakkannya kesal dengan pentadbiran Taib yang tidak pernah membela hak rakyat walaupun berada di dalam Dun yang dimenangi oleh Taib sejak sekian lama.
Sokongan ini memperlihatkan isyarat yang jelas bahawa akan berlaku satu kejutan yang besar bagi N51 Dun Balingian pada 16hb nanti. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tempat : Rumah Inti Bedengan 96400 Mukah Sarawak
Tarikh : 7hb April 2011
Jam : 8.00 malam
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
































































































































































































































